Tips untuk Menaikkan semangat semula


Annyeong reader(s) .
Setiap hari anda akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang kelakar, ada yang biasa-biasa dan ada juga yang tidak menyenangkan hati. Tambah pula dengan tekanan belajar/bekerja, emosi anda tidak ubah seperti 'roller-coaster'. Kadang-kadang anda berasa hebat, kadang-kadang anda berasa sebaliknya. Sekiranya anda hilang motivasi, di bawah ini ada beberapa tips untuk anda meningkatkan motivasi dan emosi yang lemah.

1. Buat senarai aktiviti. Senarai aktiviti menjadikan diri anda sentiasa mencapai kejayaan-kejayaan kecil. Bagaimana? Mudah sahaja jawapannya, dengan menyenaraikan aktiviti mudah anda seharian seperti membeli barang dapur, menghantar email, membasuh baju dan berjumpa kawan menjadikan diri anda sentiasa progressif. Sekiranya anda progressif, anda akan dapat menaikkan motivasi diri anda.

2. Bersenam. Semasa anda lemah semangat, pasti anda malas untuk bersenam. Namun begitu, anda tiada pilihan. Sarunglah baju sukan, kasut sukan dan larilah di taman permainan terdekat, tasik awam atau stadium daerah. Selepas anda berpeluh, motivasi anda pasti meletup tanpa anda sedari!

3. Hiasi diri. Bagi lelaki, anda boleh menghias diri dengan mudah seperti memotong kuku, mandi, potong rambut ataupun tukar gaya pemakaian anda. Bagi perempuan pastinya ada banyak kaedah menghias diri yang anda boleh buat contohnya mengenakan fesyen tudung baru, kaedah make up baru dan sebagainya.

4. Keluar dari rumah dan buat sesuatu. Sekiranya anda hilang semangat dan sedang baring sahaja, ia takkan membantu anda untuk menjadi bersemangat semula. Walau dengan cara berjalan-jalan dengan tenang di luar pun boleh memberi inspirasi baru kepada diri anda.

5. Dengar muzik/radio. Yang ini memang mudah dan berkesan. Saya memang peminat Era dan Mix.FM, kalau tak ketawa memang tak sah la kan?

6. Kongsi perasaan anda dengan kawan rapat. Kawan yang baik adalah kawan yang setia sama ada masa susah atau senang bukan? Ceritalah masalah anda, dan walaupun rakan anda tak dapat menyelesaikan masalah anda, yang penting ada dapat melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.

7. Baca Al-Quran dan terjemahannya. Sekiranya anda lebih senang dengan membaca terjemahan di dalam bahasa Inggeris, lakukanlah. Anda pasti terkejut dengan betapa tenangnya hati anda selepas itu.





0 B2uty(s):

Post a Comment