It's Over and i'm crying here

Tumblr_l52zih9ono1qz7fgf_large

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo

Semalam ialah hari jadi Lee ByungHun a.k.a LJoe , salah seorang ahli kumpulan Teen Top . Jadi , kami [Angels] bertungkus-lumus buat tweets pasal LJoe Day . Seriously , best gila . Aku punya tweet daripada 5,000 terus jadi 6,000+ . Kebanyakan tweet semua pasal LJoe Day .

Tapi semalam , aku GAGAL . Gagal trend kan LJoe Day jadi Worldwide Trends . Sumpah aku down gila semalam . Pada pukul 9.00 malam semalam , timeline aku penuh nama LJoe dan LJoe Day . Semua Angels sibuk buat tweets , re-tweets pasal LJoe Day semata-mata nak trend kan benda tu . Aku pun join sekali . Macam-macam cara aku buat . Nak bagi Bear Hug lah , tiket jumpa LJoe lah . But semuanya gagal nak tarik perhatian Ljjangs , Angels .

Aku menyesal gila semalam . Kenapa Dancing Boy ChangJo , C.A.P , ChunJi punya birthday senang nak trend ? Kenapa tidak , LJoe ? Arghh . Aku sedar aku bukanlah peminat LJoe tapi kau faham tak perasaan orang yang dah bersusah payah nak trend kan sesuatu . At last , gagal . Aku menangis teresak-esak semalam . Menyesal weh .

Lepas masa dah tamat untuk trend-kan LJoe Day , semua Angels down gila ecspecially isteri-isteri LJoe diluar sana .

Semalam Kak Nana , siap buat tweets nak hiatus twitter selama setahun lagi . Kiranya start 23.November.2011 sampai 23.November.2012 . Dia down gila semalam disebabkan LJoe Day tak trend . Lepastu Jojo , aku rasa dia lagi kesian . Jojo sanggup nak buat 2 akaun demi LJoe Day . Seriously , aku terharu gila tengok dia . Hadiah yang dia buat untuk LJoe , aku taktahu siap ke tidak . Kesian okay . 2 orang isteri LJoe ni , macam-macam dia buat dekat Twitter semalam . Tweet itu ini , Retweet sana sini pasal LJoe Day , hanya untuk trend kan hari suami dyorang , LJoe .

Lepas dah down gila tengok Twitter , aku beralih ke Facebook . Hamikkau , buka KB group . Ramai gila yang down pasal LJoe Day . aku , aku sekali down . Lepastu dah tak tahan geram . Terus update status . Ayat memang pedas gila habis untuk FAKE LJJANGS and ANGELS . shit gila ah dyorang . Puii .

Well . Aku malas nak cakap banyak . Air mata beralir lagi ni . Haishh . Kbye . Saksikanlah screen capture saya ni . lols .

Status ni khas aku tujukan kepada FAKE LJJANGS AND ANGELS . 





Semua screenshot ni pasal LJOE DAY . Actually ada banyak lagi . malas nak screenshot . nak baca dekat twitter . lols . Assalamualaikum ~


LJOE ! We're sorry :(

My dream is THEM

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo , reader(s) .

Semenjak dua menjak ni , aku selalu dapat mimpi pelik . Ye , pelik tahap sejuta . Kelmarin punya kelmarin , aku mimpi pasal b2st , kelmarin , aku dapat mimpi Infinite dan semalam pula aku mimpi Teentop .

Ya Allah , aku tak tahu lah ni rezeki aku ke petanda ke apa . Tapi seriously , aku terharu //amik tisu lap airmata// . Tskk tskk ..

Tumblr_lut1n52etq1qc773ao1_500_large
B2st <3 DongWoon <3

Masuk yang kelmarin punya kelmarin , aku dah mimpi pasal b2st dua kali . Mimpi pertama pasal aku datang korea nampak dyorang and blablabla . Mimpi kedua pasal showcase dyorang dekat Malaysia "Shock The New Era" tu .

Act. aku nak cerita dekat korang pasal mimpi pertama tu but aku lupa 'storyline' mimpi tu . Aku ingat yang kedua je . keke . Maaf . 

HmmHmm , masa aku dapat mimpi yang kedua tu , B2st tengah buat showcase "Shock The New Era" dekat Malaysia . Tak silap aku , masa tu aku duduk dua baris dari pentas . Kiranya dekat gila lah dengan DongWoon and others . Tapi time aku mimpi tu , dyorang tengah buat soal jawablah . Cth : MC tu tanya dyorang punya makanan kegeraman dekat Malaysia ni apa . Nanti dyorang jawablah sekian sekian //lebih kuranglah// . Lepastu , aku asyik pandang DongWoon je . Member yang lain langsung aku tak pandang sebab mimpi aku tu langsung tak focus dekat member yang lain . Special Focus on DongWoon je . lol . 

Okay sambung balik . Lepastu ada satu part tu , aku selalu tengok DongWoon sampai kami pun bertentang mata . phewwit phewwiit . Aku senyum dekat DongWoon . Dia pun balas senyum aku . Seriously , aku dah macam apa time tu . hahahaha . Biasalah . Obses sangat dengan DongWoon dulu , sampai mimpi-mimpi pasal mamat tu . puahahaha . 

At the end mimpi tu , aku tarik tangan DongWoon minta tandatangan . Tapi mamat tu bagi no. telefon dia . hahaha . Sumpah berdekak gila bila aku ingatkan balik mimpi ni . 

Lepastu , bangun-bangun je dari tidur . Aku marah mimpi tu sebab keluarkan DongWoon jadi watak Romeo dalam mimpi tu . Bukan SungYeol . LOL . 

Tumblr_luj076hj3d1ql4omco1_500_large
Dia lah orang pertama yang aku gelar "Hubby" in KPOP world . 
Tutup mulut . Tahan Gelak cepat !


Tumblr_lumf95dlpg1qmglyto1_500_large
Infinite <3 SungYeol <3

Yeah . Lepastu mimpi seterusnya pasal Infinite pula . weet weet . Masa mimpi Infinite , aku ada dekat dewan tengah rehearsal pasal performance apa entah . First focus , aku tengok SungGyu nyanyi lagu Amazing . Sumpah aku cakap kau . Aku kutuk dia dengan kawan aku . Soalan dia memang kurang asam gila lah . Nak tahu soalan dia , baca dalam blockquote bawah ni . 

Mana mata SungGyu weh ? Asal aku nampak macam sebaris garisan hitam ? 

Kurang asam kan kan ? Haha . Maaflah ye . Aku ni perangai teruk sikit . 

Lepastu , SungGyu macam terdengar aku kutuk dia . Dia terus berhenti practise , then datang dekat aku . Sekeh kepala aku . Lepastu mimpi tu CUT gitu je sebab aku terbangun . Kakak aku kacau . 

Then aku tidur balik , sambung mimpi . Masa mimpi episod kedua tu , aku nampak SungYeol . Masa aku nampak SungYeol a.k.a Hubby aku ni . Dia berpeluh gila tau . Muka dia memang penat gila . Then dia macam terjatuh , melutut atas stage . Aku macam 'okay fineee' . 

Then , mimpi aku terus focus dekat L sampai habis mimpi . Aku tak tahu lah kan , apa sebab mimpi tu focus dekat L . Kenapa tak dekat SungYeol . Takde rezeki lagi kot . pfffttttt . 

Masa mimpi aku start focus on L . Waittt ini masuk part sedikit sensored . Jangan fikir negatif okay readers . 

Time tu , Sungyeol punya dada basah gila nak mampuihh . Dekat bahagian tu je yang basah gila . Yang lain macam sempoii gitu -.-'' . Lepastu aku tanya L , apasal SungYeol sampai terjatuh melutut atas stage . L angkat-angkat bahu dia . Lepastu , kiteorang terus berbual pasal lain . 

SungYeol di biarkan begitu sahaja . Lol . Aku memang contoh 'isteri' yang jahat . pffftt ..... Okay sambung balik . Time aku dengan L jalan-jalan pusing dewan tempat kiteorang rehearsal tu , L tanya aku minat SungYeol ke ....... Time tu aku dah macam bajek malu ah kan sebelah dia ... L tengok aku malu-malu mioww , terus dia pegang bahu aku //aku benci part ni// . Tapi masa L pegang bahu aku , aku tak pula nak membantah or tumbuk muka dia kasi gigi hancur but aku terus dengan sikap malu aku tu .. FTW ....

Lepastu , at the end of the mimpi XD ,, ada gempa bumi . pfffftt . Dewan semua runtuh . Lepastu aku bangun tidur . Bangun-bangun terus gelak macam hantu . Sumpah kelakar mimpi Infinite tu . XD but the tak puas hati moment bila part SungYeol sekejap gila tapi part L , bapak panjang berjela .. siot kau , mimpi !

66b0c3f7gw1dmb2obkdt4j_large
MyungYeol couple . Awww . SungYeol aku comel .


Tumblr_lpd00oiigl1qda5qro1_500_large_large
From Left :
Ricky , LJoe , C.A.P , Niel , ChunJi , ChangJo



Mimpi TeenTop is the best eva . Lol . Aku mimpi ChunJi kenyit-kenyit mata macam dekat video NMPOY tu . woot woot . Weh ! Cepat buat orang tengah jeles . lol . Okay gurau ..

Cerita dia begini . 

TeenTop datang dekat Malaysia for a vacation . Lepastu , dyorang ada sewa satu rumah untuk dyorang menetap untuk beberapa hari . Kebetulan pula , rumah yang dyorang sewa dekat dengan rumah aku . ecet . Jakun sikit . 

Masa aku keluar rumah bawa sampah nak buang sampah dalam tong sampah utama . Tetiba , ChangJo keluar dari rumah dyorang sewa and menggeliat macam hape . Sumpah aku rasa annoying gila time tu . Then dia perasan aku ternampak dia , dia terus malu and masuk dalam . Lepastu time aku nak masuk rumah , tetiba dia keluar balik bawa ChunJi . Lepastu dyorang bisik hape aku tak tahu . Aku buat bodoh je . Then , ChunJi panggil aku . Aku pandang . Lepastu , time ni lah dia kenyit mata dengan aku . Ya Allah , sumpah time tu aku macam hape . Kelam kabut lari masuk rumah . Tapi motif dia kenyit mata dekat aku tak tahu apa . lol ..

Lepastu esoknya , aku keluar siap-siap nak keluar beli sarapan . LJoe pula keluar jalan-jalan dengan member TeenTop yang lain . Ricky and Niel tak ada . Time tu , Ljoe tengok aku , dia senyum . Aku pun macam awkward balas ah balik senyuman dekat dia . Lepastu , dia dengan ChunJi bergaduh .. Aku dah macam "Lantaklah kau berdua . Malas nak layan" . lol . Then , ChunJi pusing belakang , lambai aku . Aku pun lambai lah balik . Tapi muka aku memang terang-terang nampak awkward gila lah time tu . 

Then malam tu , mak aku apa demam entah , kasi puding kastard yang dia buat dekat TeenTop sebab esoknya dyorang nak balik Korea dahh . Mak aku dengan bangganya suruh aku pergi hantar dekat rumah sewa dyorang . Aku pun dengan perasaan malu terpaksa menebalkan muka . 

Ketuk-ketuk pintu rumah dyorang takde yang jawab , aku pun berasap . Last ketukan memang aku kasi yang paling ... pehhh , bestlah . Sampai orang yang tidur mati pun boleh bangun . Then , aku nampak muka C.A.P depan pintu . Muka dia memang terkejut nak mati nampak aku . Pastu , dia suruh aku masuk , tanpa segan silunya aku terus masuk . 

ChunJi nampak aku terus macam "SERIOUSLY KAH DIA DATANGG !!!!!" .. lebih kurang macam tu lah . Lepastu , aku sediakan puding semua untuk dyorang . Then berbual sampai tak hingat dunia . 

Yang peliknya bagi aku , dyorang fasih pula cakap BM dengan aku ... Hmm , maybe dekat Korea dyorang masuk kelas Bahasa Melayu kot .. Sayang sangat letteww dengan Angels Malaysia . K tak lawak pun -.-'' . 

At the end , ChunJi cakap dia suka aku dan aku tak surprise langsung sebab aku suka C.A.P dalam mimpi tu ..... Lepastu dengan kakak aku memekak gaduh dengan adik aku . Mimpi aku berhenti gitu je . Tskk tskk . Nak tahu ending dia wehh ! Nak tahuu ! Nak Tahu ! tskkk tskkk . //hembus hingus . yuckkss//


Okay readers . Mimpinya macam tu lah . First-first mimpi B2st , then Infinite , then TeenTop . lol . Ini rezeki ke petanda aku dapat couple dengan salah sorang daripada dyorang , huh ? HAHAHAHA ! bapak gila perasan aku ni . ...... k takpe . bukan selalu aku perasan dalam entri ni . lol ..

Tumblr_lskj8s8zq11qferq3o1_500_large_large
Kalau aku panggil ChunJi ni Rabbit pun okay juga kan ?
Tengok lah muka dia yang macam angel tu ~

Disebabkan mimpi tadi , aku dah jatuh cinta dengan ChunJi . Lol . Bla ah C.A.P. shoo shoo ;p

Act. Aku ada mimpi pasal 2pm . baru teringat . K malas nak cerita pasal 2pm tu sebab mimpi dia pendek je . Huahahahahaha . 

Annyeong and Assalamualaikum readers :) Hope you'd enjoy your school holidays this year:)

Me is Craving for 2pm Hands Up Asia Tour 's Ticket !

2pm_large


Assalamualaikum and Annyeonghaseyo to my reader(s)

Seperti yang korang tahu , aku dah habis Final exam n aku dah free . Anything aku boleh buat . LOL . Soalan-soalan exam semua menganjing aku . Tsskk tskk . Result baru dapat 2b 1c and i'm craving for A's ! Goshhh //tarik pipi ke bawah// .. K malas nak cakap pasal exam . Puihh Puihh . 

Back to the title , 

Tumblr_lsnz0felx51qetsdno1_500_large

As Hottest(s) know , 2pm akan datang Malaysia untuk adakan Konsert Hands Up Tour dyorang pada 25 November ni . Seriously , aku nak pergi . Nak jumpa Nickhun . Nak cium dyorang . Kfine , aku gurau . Takkan aku nak cium . Mampuih muka eden , sia-sia jadi 'famous' dalam khabar dan berita 8 . Lol . 

Okay sambung lagi . Haritu , yea haritu . Tarikh bila aku tak ingat . hahaha . Aku ada minta izin mak aku untuk join satu kontest 2PM ni sebab free 2 tiket RockZone yang harga rm638 . $.$ siapa taknak masuk kalau dapat tiket yang hampir seribu tu $.$ .. Then mak aku cakap , suka hatilahh ;--; .. So , mak aku dah kasi lampu hijau . Belezuppp jea lah aku join . .

So , aku pun baca soalan kontest tu . Dia suruh cerita kenapa kita minat bias kita dalam 2pm tu . Aku pun cerita lah . Aku cerita yang aku suka Nickhun sebab ..... (biarlah rahsia) .. Seriously aku cakap kau . English aku hancur gila dan time buat ayat tu aku tawakal je lah . Hope penilai tu faham apa yang aku maksudkan . Then then dah siap semua . Aku tulis aku nak sangat jumpa Nickhun sebab aku pernah mimpi kapel dengan dia . Ewahh . Jangan jeles tu Nickhun's crush . LOL . 

So lastly , aku minta korang doakan aku menang kontest tu ;--; . Teringin nak menang macam kontest b2st 1 julai hari tu . Teringin nak menang lagi dan menyusahkan kakak aku (contoh adik yang tak baik) .. Hahaha .

Hmm , wait . I think i'm going to change my blog url but don't worry . Aku still activekan blog ni untuk korang pergi ke link yang baru . I mean aku akan letak link blog baru tu dekat sini , so , korang just tekan je . Hehehe . Ppyong <3 .... Muahh .. Sincerely , me wanna go to 2pm's concert . Bye . Assalamualaikum