Ramadhan had come once again

Assalamualaikum and Annyeonghaseyo




"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

surah Al-Baqarah : 183 


Seronoknya Ramadhan datang lagi [senyum kambing] . Korang tak seronok kah ? Seronok lah weii Seronok lahh ! [walawala]

Aku rasa gembira bila bulan Ramadhan menjelang lagi . Nak tahu sebab apa ? Sebab bulan ni mengajar aku untuk diet [lol] Bukan itulah . tapi mengajar aku untuk menahan lapar dan dahaga . So , the easy of the story , menahan diri dari nafsu-nafsu makan yang kuat [hurm pandai tak aku?]

So korang , apa azam korang bulan ramadhan ni ? Azam aku nak turunkan berat badan ke 50kg [berat ke tak , duli apa wa] dan puasa penuh-penuh [malas nk ganti tahun depan] . Senangkan azam aku [lalala] . Lol , hope tertunai lah azam aku ni . Bukannya apa , aku ni dah terlampau gemuk sangat -.- sampai mak aku dengan aku pun dah tak ada beza dah . Cuma aku tinggi , mak aku rendah . Tu jea perbezaan kiteorang . 

 Okay then , aku suka sebab banyak Bazar Ramadhan . Banyak pilihan makanan nak buat buka nanti . Ish , terliur aku bila ingat Bazar Ramadhan tahun lepas . Semua kuih kegemaran aku ada jual . Just pilih je nak yang mana . Senang kan hidup . haha . Lepastu , kalau malas nak pergi bazar , mak aku masak makan sedap-sedap [yummyum] . Tapi untuk pengetahuan korang , setiap kali nak buka , lauk aku selalunya MeeHoon Goreng Sambal Sotong . Mesti dan wajib beli . Kalau tak ada , aku punya mulut boleh gantung baldi . Muncung jea . haha . 

Bulan Ramadhan ni , kita banyak-banyak lah buat amal tapi jangan bulan puasa je , bulan-bulan lain pun kena buat juga supaya Allah memberkati kita setiap masa . InsyaAllah . Puasa penuh-penuh okay. Kalau tak dapat nak puasa penuh tu jangan lah tak ganti sebab Puasa ni wajib okay . sekali lagi ulang WAJIB ! . get it ? haha . Lastly ,  mari kita niat dalam hati untuk berpuasa esok dan hari yang seterusnya untuk cukup sebulan :

niat untuk sebulan : 
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

niat untuk harian :
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Tu aku dah bagi niat-niat dia . Jangan lupa baca . Okay bye . Tak sabar nak puasa esok , sampai malam ni aku tak boleh nak tidur [baguskan ?] . Malam ni jadi alim sikit :)