Back To Friday ! SHOWCASE B2st in MALAYSIA


Hello readers . 
Apa khabar semua ? Sihat ? Rindu aku tak ? haha , mesti rindu gila kan sebab aku dah lama tak post ? kan kan kan ? Kperasan gila vavavoom . Harini hari ahad and aku nak post sumthing special untuk korang dekat depan skrin besar korang tu . Baca sampai habis okay . Nak jerit pun dipersilakan . Aku tak kisah sebab aku tak dengar XD .


30th June 2011 (thursday)


Pukul 7.15 malam/petang . Aku tengah sibuk main facebook tetiba handphone aku bunyi kuat gila . Mula-mula tak layan sebab aku tahu no.phone aku tu tak ramai tahu dan tak ramai nak main mesej . LOL . Tapi hati aku macam nak sangat tengok handphone tu . Bila tengok , no. 5 digit . Aku malas nak layan , maybe pasal iklan apa semua . Biarkan kejap . Then , bila masa aku punya tangan bergerak tekan button "read" pun aku taktahu . Terus jea tengok handphone tuh . Firstly baca macam "HALAHH ! HERAN PULA AKU DENGAN IKLAN NI" . Lepastu aku baca lagi sekali . Ternampak perkataan " YOU WON 2x to watch B2st" . Apalagi kau , menjerit satu rumah aku time tuh . Lepastu , decide itu decide ini . At last , dapat juga aku pergi concert tuh walaupun serba salah . 


1st July 2011 

Aku bertolak dari JOHOR , pukul 9 pagi dan Sampai pukul 1.30 petang dekat Bandar Selatan . Dah siap sema kakak aku belanja naik tren ke KL Sentral . Terbaik wok ! Tren dia memang laju gila aku cakap kau ! Haha , Sorry excited kejap sebab terlalu jakun dengan dunia baru :P . 


K , masa dah sampai KL sentral tu , aku dengan kakak aku dua orang tu terus pergi beli tiket pergi SETIA JAYA , naik tren lagi . Seriously sempit gila weh , sesak nafas aku . Chinese couple sebelah aku tu main peluk-peluk . Lagi sesak nafas aku . -.- Wahahaha . Then , 15 minit berlalu . Akhirnya sampai juga akudekat SETIA JAYA . lepastu jalan kaki pergi flat bf kakak aku , letak bag itu ini dah pukul 4.20 petang . 


KAN BEST DIA SENYUM GINI MASA CONCERT !

Lepastu kakak-kakak aku yang comel lagi baik cakap "SUNWAY DEKAT ! JALAN KAKI !" pehhhhhhhhhhh ! (kena panjang sikit) dekat sangat kannnnnnn ?! Jalan jauh gila berpeluh-peluh aku dek cuaca yanga FREAKING HOT tu . Masa jalan kaki tu kitaorang sesat kejap sebab along aku pandai gila , ada pintu dekat lalu pintu jauhhh . pehh , letih gila . 


Masa dah sampai SUNWAY PYRAMID tu aku memang cuak gila ah kan . Jam dah pukul 5 lebih . Ada masa beberapa minit tu counter tiket akan dibuka :( . Cuak Cuak ! . Then , kakak aku cakap "ORANG TU TAK LARI AH" . memang lah ! err . Then ikut kakak aku ajak pergi wayang sebab dia nak tengok TRANSFORMER pukul berapa sebab nak pergi dating :P . Kan along ? kan kan ?

Dah pukul 6.00 tu , kiteorang terus pergi sunway lagoon . Nasib sebelah sebelah . Kalau tak , mau aku pengsan dekat situ . Lepastu pergi kaunter , tanya mana tempatt HITZ FM . dia kata dekat MINISTRY OF SOUND . Kakak-kakak aku pun ajak ah . Time tu memang muka aku cuak gila ! Nampak pucat sebab takut jea . Then , dah sampai depan ministry tu semua , jumpa ticketing ticket . Tanya semua , orang dekat situ , geleng kepala sebab taktahu AMP tu apa . --'' kejadah wehhh . then , beberapa minit tu , tetiba ada orang duduk atas kereta HITZ FM . Kakak aku semua taknak tanya . Saja lah tu kasi aku bengang tanya orang tu .

THEN , DENGAN SIFAT BERANI AKU  cewaahhh . Ayat ~  cannot go eh . Aku pun tanya abang tu . Dia ingat aku menang contest nari-nari tu , rupanya B2st . haha . Lawak gila . Kau tahu tak sifat cuak aku ni bertambah gila lepas dia kata aku TAK MENANG . haha .

 Masa depan main entrance tu , aku jumpa dah orang-orang AMP tu . PEHHH ! BERDEBOR hati gua . Tengok-tengok nama , ingatkan kakak aku yang menang rupanya NURUL FARHANA . Tak menjerit aku dekat counter tu . Kakak AMP tu tengok aku lain macam . haha . Lepastu kakak tu main-main dengan aku cakap "TIKET SATU JEA KAN?" , aku dah --'' . Benda kakak ni , macam LALING ah . Sekejap satu kejap dua . Bila dia tengok muka aku dah lain macam . Dia kata "Main-main ja lah . Ni tiket lagi satu . Enjoy the show" . XD berdekak okay . .




Dah dapat tiket , kakak aku ajak beli B2st's Tag , apalagi beli lah . Kakak aku lagi sorang dah selamat wayang daah . err -.- .Then , pergi buat lukis-lukis tu semua . Lepastu , beratur . Jumpa aunty baik punya . Aunty tu cakap dia dah pergi 3x kosert SUJU . 1x Bieber punya . K , sila jeles cepad . hahah .



7.30 petang : Kaunter dah dibuka . Segala beg semua dicheck . Kakak aku kesian gila masa tu . Dia dah penat beli air semua . Tetiba makanan tak boleh bawa masuk . Lepastu , aku pula terpaksa tunggu dia . Pehh , mencabor ah . Time tunggu tu , aku tengok kan siapa yang dah lepas dari check kejadah tu . Semua berlari . hahaha comel ~ . Aku aku sekali lari , kakak aku kena tinggal . haha .


Lari punya lari penat , sebab jauh sangat . Then dah jumpa tempat duduk . Duduk ah . Peh best gila boleh ! Aku boleh nampak stage tu jelas gila . haha . Masa ada b2st dekat screen besar tu , semua b2uties jerit sebab seronok sangat . haha . padahal belum sampai lagi dyorang . .




Masa yang ditunggu-tunggukan dah tiba . Aku nampak dyorang naik kereta . Then , semua b2uties jerit-jerit . haha . Comel ~ . My DONGWOON was there . ahaha . Comel ~ kakak aku dok cakap DONGWOON HANDSOME DONGWOON HANDSOME dari start konsert sampai habis . benda ntah dia tu . haha . Then, MC tu cakap dekat dyorang selain makanan malaysia apa yang dyorang tahu kan ~ MC tu suruh diam , okay fine semua diam . Aku tak diam sebab aku jerit "AKU CINTA PADAMU" , then dongwoon macam terdengar aku jerit , dia pun terus cakap "AKU CINTA PADAMU" . Pehhh , ayat tak macam bulat-bulat an kau tiru XD , Kperasan kejap . haha . Masa game semua , Yoseob main peluk-peluk dan pegang-pegang tangan dengan Kak Kaseh . Pehh , HARAM okayyy . Tak jeles tapi ini hukum :) . Masa kak Kaseh tolak Yoseob. Yoseob jerit " CUKUPPPPP ! CUKKUUUPPP ! CUKOOOOO" , haha berdekak masa dia sebut CUKUP -> CUKO . aha . cuko apa mu ? . But i love the way DOOJOON put his towel on his partner's thigh . OMG ~ Dia tahu hukum agama kah ? Sebab partner dia memang seksi pun ~ kakakakak . Lastly , dyorang nyanyi lagu OASIS ,VIU , I LIKE YOU THE BEST tau . Best gila . Time lagu oasis , aku tepon twinnie aku HANA WOONIE <--nama fb dia . Dia kata dia terharu gila . haha . Time tu aku dah joget-joget ~ hahaha . Kakak aku pun -.-




10.30 malam : Aku balik pergi jumpa kakak aku .

12.30 malam : Jalan-jalan cari tempat makan . MAMAK MARRIII ! then , online ~ hahaha

2 pagi : Sampai rumah tidur . hahaha XD Segala tiket aku simpan dalam notebook aku . Aku tulis dalam buku "TODAY IS MY DAY , siapkan buku b2st then hantar dekat dia (dongwoon)" . haha . Kakak aku malam-malam tanya aku apa lagu yang b2st nyanyi masa konsert -.- . Dah agak dah B2st fever dah menular dalam otak dia . Download2 tak cukup .




I miss those sweet moments with b2st . Thanks for brighten my day oppa . You made me cry 3 times per song :( . Ya ALLAH , please rewind back those moments ! I miss it so much T^T



2 B2uty(s):

manusia said...

bes gila dapat pegi , jelesnya omg

N said...

eh, dpt pergi ? jealous jealous jealous . eieieiei :D

Post a Comment